Tuesday 20 January 2015

Burger daging manusia!

Pensil : weyh! Ko tahu tak si pemadam tu kan, semalam aku tengok dia upload pic pakai tudung neelofa ko... Sharpener : yeke!mak aih, banyak plak duit dia. Pembaris cakap kat aku, hutang si pemadam tu ngan dia dah berbulan-bulan kot tak bayor... Pensil : Alah...entah- entah tudung neelofa tu pon hutang jugak kot? .. *cite sebenar, si pemadam baru je dapat duit kutu minggu lepas dan sume hutang-hutang si pembaris dia dah langsaikan..tudung neelofa plak dia beli cash tu..tak main dah hutang- hutang... watak-watak dalam cite ni takde kena mengena sama ada yang hidup atau yang meninggal dunia..koh koh koh... hah! Penah tak korang-korang buat menda ni?M.E.N.G.U.M.P.A.T!tapi istilah orang melayu tak nak mengaku mengumpat..diorang mesti cakap camni " kita bukan nak mengumpat, tapi dah memang cite betol..penah buat tak?baik ngaku cepat..*betol3..errkk..saya mengaku..ekceli takde istilah camtu..namun dalam islam, ade mengumpat yang diharuskan...nak tahu ape dia? TadI saya mintak tolong ngan cik google..terjumpa la info ni dalam web islam.net kalau tak silap..jom..stdy mengumpat yang diharuskan...zasss P/S: ingatkan pada diri, setiap kali nak mengata kat orang...bayangkan kita makan burger daging manusia...erkkk...nauzubillahiminzalik Berkata Imam Nawawi rahmatullah’alaih.: Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab. 1- Pengaduan penganiayaan. Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini. 2 - Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran. Maka harus bagi seseorang menceritakan kepada orang yang diharapnya mampu untuk menghilangkan kemungkaran itu dengan katanya sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian, maka kamu laranglah dia. Dan tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk menghilangkan kemungkaran itu. Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu (bahkan untuk memburuk-burukkannya) maka ia adalah haram. 3 - Bertanya hukum atau cara penyelesaian. Maka harus baginya berkata bagi orang yang ditanyainya itu (sebagai contoh): Ayahku atau abangku atau suamiku atau si pulan telah menzalimiku dengan begini-begini. Adakah haknya berbuat demikian? Dan apakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini, atau apakah caranya untuk aku dapatkan hak aku, atau apakah caranya untuk aku sekat kezaliman ini atau sebagainya? Semua ini adalah harus kerana hajat tadi. Tetapi yang lebih baik ialah dengan berkata: Apakah pendapatmu tentang seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebutkan nama dan menentukan sesiapa) yang berbuat begini-begini? Ini kerana tujuannya untuk bertanya tadi telahpun terhasil sekalipun tidak dinyatakan seseorang yang tertentu. Walau bagaimanapun menyatakan seseorang yang tertentu adalah harus hukumnya. 4 - Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya. Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu. Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini. Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain). 5 - Jika dia seorang yang jelas menujukkan kefasiqannya atau bida’ahnya. Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia meminum arak atau orang yang terang-terang merampas harta orang ramai, memungut cukai (duit pau dan sebagainya), mengenakan cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu. Tetapi haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya melainkan jika ia juga diharuskan dengan sebab-sebab lain yang sebutkan ini. 6 - Untuk dikenali Apabila seseorang yang sudah masyhur dengan gelaran seperti (si pulan) yang tempang, yang tuli, yang buta, yang boleh atau sebagainya, maka harus disebutkan pengenalan mereka tadi. Tetapi haram jika disebutnya dengan niat untuk mencelanya. Dan jika boleh mengenalinya dengan pengenalan lain yang lebih elok, maka itulah yang lebih baik]

Monday 19 January 2015

Gelisah

Klek..klek..klek ..alamak...anak dah mintak susu plak..anak sape mintak susu bunyi pelik bebenor tu.koh koh koh..err..ekceli tu bunyi henset yang kehabisan bateri..sape-sape yang penah gune tepon 3310 mungkin familiar ngan bunyi tu...kan..hee~ok, sambung yg tadi..alah...nape plakla time ni dia nak abih bateri..tunggu laa karang sket..dahla urgent nih!*membebel-bebel dalam hati Haa...penah tak korang alami menda camni?penah kot kan..macam dalam drama sinetron plak...koh koh koh..ekceli entri kali ni nak cite tentang gelisahnya kita bila henfon takdak bateri..masa tu rase cam nak g kedai beli enset baru..*hii..xdela sampai camtu..payah nak contact orang tu..takleh nak whatsapp kawan ni..err..takleh nak on9 fb!oh gosh...nak upload pic kat instagram pon takleh, padahal dah siap amik pic cun-cun dah ngan gaya duck face..sambil mata kenyit-kenyit sket.ouchh..gedik bebenor..mujur gak takde bateri, kalau tak, free-free je kena torture..wei..cun sangat ke wat muka camtu?sejibik macam itik nak menyudu makanan!astaghfirullahal'azim..yang mengata orang pon 2x5 jugak,.so kesimpulannya diam-diam sudah...takyah makan daging orang..yuck! Ok, berbalik pada tajuk entri ni, sometimes benda ni penah jadi kat saya..masa tu saya otw nak balik ke kuantan dari Klang..rase gelisah duk dalam bas sani sebab bateri dh tinggal sket..nyawa-nyawa ikan dh!sempat ke tak nak bagitahu kakak nk suh amik kat terminal kuantan..alhamdulillah mujur sempat bagitahu kakak dan sampai dengan selamatnya di rumah..yippi! Ni la kan salah satu kelemahan guna tepon pintar. Dulu pkai tepon biasa 3 hari tak charge elok je..huhu..tapi sekarang sejak guna tepon yang pintar habiskan bateri ni, sehari kalau tak charge 3-4 kali memang tak sah...uhuk3...terbatuk-batuk tiap kali tengok bil letrik..*tipu je..hee~ Kekadang rasa malu pada diri, nape bila bateri takde rase gelisah, sedangkan bila tak connect dengan Allah *baca Quran, takde plak rase macam tu...Allahu..alangkah bagosnya andai rasa gelisah ni kena pada tempatnya murni...gelisah bila tak sentuh, baca dan tadabbur quran, gelisah bila tak solat dhuha, gelisah bila solat lewat...Allah, forgive me:( Azam tahun ni nak jadi muslimah yg super hebat...bukan hebat di mata manusia, tapi hebat pada pandangan Dia..doakan saya tau! p/s: Hari ni gelisah lupa bawak charger kt tempat keje...krik krik krik

husnudzan;)

Hidup tidak selalunya indah Langit tak selalu cerah Suram malam tak berbintang Itulah lukisan alam Begitu aturan Tuhan Hasbiyallah hasbunallah hasbi rabbi jallallah..Ya Allah... Orait, selesai "menyumbangkan" lagu pagi-pagi ni..koh koh koh... Ok, ekceli lagu ni ada kaitan dengan entri kali ni..cer korang hayati lirik nasyid ni *sambil pejam mata, nyanyi-nyanyi sket...puitiskan lirik dia..tepuk tangan sket kat penulis lirik ni..orait.meh nak ulas sket tentang topik ni..erm..sebenarnya, dragon ball ada 7 bijik semuanya...eh3..xde kaitan..keh3..ekceli setiap perkara yang Allah ciptakan bersebab..takde satupun yang Allah jadikan sia-sia..nope!so,andai kita salah seorang insan yang diberi ujian olehNya...ingat!ada sesuatu yang Allah mahu daripada kita..mungkin Allah rindu nak dengar kita merintih mengadu padaNya...dah banyak sangat lagha kan..so, sedikit ujian yang Allah beri sebagai tanda cinta Dia pada hambaNya..husnudzan!jangan sedih-sedih...La tahzan, innallaha ma'ana..pesanan untuk diri sendiri ni..hee~sebagai contohnya, Allah sangat mencintai kekasihNya...nabi Muhammad s.a.w...buktinya, Allah uji baginda dengan berbagai-bagai ujian...daripada baginda di dalam kandungan ibunya, ayahanda Abdullah b.Abdul Mutallib wafat...kemudian semasa baginda berumur 4 tahun, bonda tersayang pula kembali ke rahmatullah..sehinggalah baginda menyebarkan dakwah islamiyah, ujian datang bertimpa-timpa ke atasnya..so, andai ujian yang ciput ini kita sudah futur(gugur) ingat!rasulullah juga diuji dengan ujian yang maha berat...namun baginda qawiy(kuat) jangan mudah su'uzan..redha dengan setiap ujian yang menimpa..perbaiki diri...dekatkan diri kepadaNya..ihfazillah yahfazka...jagalah hubungan dengan Allah, inshaAllah Allah akan menjamu ..biidznillah;)peace ~Qawiyy duhai hati!

Wednesday 14 January 2015

rindu...

Sobahul khair...hoho..dah lame tak update blog ni.err..al- maklumlaa sekolah dah start macam biasa..so penat sket nak menaip..alasan..koh koh koh Hurm...dah 5 hari sekolah bukak untuk sesi 2015 ni..rasa rindu lagi kat anak-anak didik di an-najihin..mujurla ade wsapp..boleh gak duk wasapp ngan diorang walaupun dah tak mengajar kat sane...rasa nk nanges bila dapat wasapp daripada anak murid mintak saya mengajar lagi kt sana.err.ekceli da nanges pon..koh koh koh...In shaa Allah andai panjang umur, ustazah akan ziarah kalian di klang ea...

Tuesday 30 December 2014

muhasabah diri...


Sobahul khair..Alhamdulillah..masih diberi nikmat oleh Allah untuk menghirup udara segar pada pagi ini..Allahu..sungguh rindu rasanya suasana pagi yang hening seperti pagi ni...tanpa hujan lebat yang membasahi bumi...sudah beberapa minggu rasanya pagi-pagi saya di pantai timur ni ditemani dengan hujan...sehingga kebasahan saat jasad ini merempit ke tempat kerja..semoga mentari yang menyinar indah pada pagi ini akan terus bersinar untuk hari-hari yang mendatang agar bah kembali reda...aamiin..

okey..agak panjang mukaddimah tadi..huhu...ekceli saya cuma ingin berkongsi coretan oleh salah seorang mangsa banjir yang teruk melanda negeri klate baru-baru ini..coretan itu saya dapat daripada perkongsian sahabat di whatsapp...Sangat terkesan di hati tatkala membaca coretan yang ditulis oleh beliau...sungguh...ianya menginsafkan diri saya yang sering alpa ini...Allahu...pada hari terakhir tahun 2014 ini dan tirai 2015 akan tersingkap tepat jam 12 pagi ini...saya berazam dan menyeru diri saya yang lemah ini agar bangkit menentang hawa nafsu...sesungguhnya dunia tempat untuk kita berpenat-lelah melakukan amal ibadah agar di akhirat sana kita dapat berehat dengan tenang..in shaa Allah...jom sama-sama muhasabah diri setelah membaca catatan ini..


Catatan dari ex classmate Hadi Mahmood yg terperangkap bersama isteri dan 7 anak kecil di  pasir mas, kelantan

Salam sahabah semua, saya jarang menaip dlm laman ini,saya hanya pembaca setia....izinkan saya menaip berkongsi cerita ini.

BANJIR 2014 MUSIBAH DAN HIKMAH.
MUSIBAH INI: pada tanggal 24.12.2014...apabila berita kuala krai di tengelami air..Allahuakhbar...siapa sangka bandar yg berbukit itu bisa tenggelam menjadi lautan..namun kuasa Allah memungkinkannya..benar dan nyata apa yang terkandung dlm al quran...kun faya kun...pada ptg tu bila saya meninjau situasi air sungai kelantan..ditepi tebing bandar pasirmas...Allahuahkbar..saya harus bersedia..Alhamdulilah dengan ilmu dan pengalaman menetap di rantau panjang..saya terus ke kedai membeli segala bekalan utk keluarga saya yg besar ini...menjelang mlm air sungai mula melimpah memasuki bandar pasir mas...saya dan anak lelaki terus ke premis perniagaan kami mengemas apa yg patut...jam 3 pagi perjalan kami untuk pulang kerumah menghadapi kesukaran kerana air mula memenuhi jalanraya..

Esok pagi bermula satu peristiwa...penduduk menjadi panik...semua orang bersimpang siung mencari bekalan..melarikan kereta..kedai runcit dipenuhi dan bersesak untuk mendapatkan bekalan..berpindah ke tempat selamat...saya memerhatikan situasi ...Ya Allah..adakah ini secebis dari gambaran hari kiamat...semua orang hanya mahu menyelamatkan keluarga masing masing..berebut..bertengkar....bekalan elektrik dan  air bersih terputus ALLAH adakah ini ujian atau rehearsal menjelang kiamat...YA Allah adakah musibah ini sebagai peringatan untuk kami...Ya Allah kalamMu  itu benar..hari kiamat itu benar..kanunmu itu benar..syariatMu itu benar..janjiMu benar.tapi kami lalai... . Allah ampuni kami.....berat ujian ini..semasa catatan ini dibuat..hari 4.  Disebalik bacaan laman ws atau telegram  dr rakan rakan yg berbincang tentang menu makanan yang enak enak.. Syukur Kami sekeluarga masih mempunyai bekalan makanan ikan kering...petrol..gas cuma air bersih mungkin akn habis..walaupun kami mengamalkan catuan tapi bagaimana nasib org kampung lain.....mereka tidak bersedia menerima musibah ini...makanan takde....air..susu..dll keperluan asas..nak keluar beli...stok kat kedai berhampiran habis..nak keluar..ke tempat lain ..tak boleh sebab terkepung..cuma harapkan bantuan yang datang...YaAllah ampuni dosa kami...kàmi lalai. 
Untuk sahabah semua.mungkin anda tidak mampu menjiwai catatan diatas...biarkan saya menjadi wakil kepada ujian ini bagi menyampaikan peringatan untuk kita semua..BALIKLAH pada kalam Allah...syariat Allah..hentikanlah maksiat..hentikanlah syubahah...hentikan rasuah dan riba...imbas diri sendiri...tarbiah anak dan isteri...perkasakan ukhwah ummah....moga Allah arrahim..memberi hidayah dan menyelamatkan kita  dunia akhirat...amin.

HIKMAH...
Alhamdullilah..ujian ini membuatkan anak anak saya lebih mengenal erti survival.....kesabaran dan disiplin.
Anak anak memberi kerjasama pada setiap peraturan darurat yg saya keluarkan...antaranya bagi tujuan menjimatkan air bersih mereka tidak dibenarkan mandi...air hanya untuk minum dan qàda hajat serta wuduk sahaja...dah 3 hari mereka tak mandi...hanya dibenarkan gosok gigi sahaja..

Mereka bekerjasama apabila dibenarkan makan nasi sekali saja..dan lauk yg di catu ..umpamanya sebiji telor mata perlu dibahagi dua..ikan kering secubit sorang dan lain  lain. Malam tadi terharu saya bila mendengar mereka beramai ramai membaca alquran surah alkahfi tanpa kehadiran saya..kerana saya pening kepala gara gara cubaan menyedut  petrol dari kereta sebagai bekalan tenaga...Ya Allah syukur atas hikmah ini...dan banyak hikmah yang tak termampu diluahkan...alhamdullilah syukur.

Sekian...
Hadi bin Mahmud
Pasir mas 
2.34am 28 Dis 2014

Catatan tambahan pembaca, 
mereka ini termasuk golongan beruntung kerana telah merasai dan melalui rehearsal dan tarbiah Allah secara terus,,, tapi bg kita yg belum sedar dan belum rasai mungkin tidak dpt mengukur kesabaran dan keyakinan akan kebenaran Allah. Kita masih lalai, berbangga dgn status kita, bangga dgn kekayaan dan kelebihan yg kita ada, sesetengah masih tidak takut utk buat maksiat spt meninggalkan solat, tidak menutup aurat, melihat perkara lucah, dan banyak lagi, MARILAH KITA MUHASABAH DIRI DAN BERTAUBAT,😭😭

Monday 29 December 2014

kasih padaMu ya rasulullah

Assalamualaikum..sobahul khair

pepagi tadi tengah bersiap-siap nak pegi keje..tetiba dapat mesej daripada adik bongsu..."kakak, mende dah tajok lagu hafiz hamidon yang rasul tu??"

Haa..memandangkan sekarang dah masuk bulan rabiul awal..bulan yang penting dalam kalendar hijrah yang mana umat Islam di seluruh dunia memperingati kelahiran junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w

so...sebagai menunjukkan tanda cinta kita kepada baginda, jom sama- sama kita berselawat ke atas baginda..Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbohi wabarik  wasallim..

jom sama-sama hayati lagu ni..sangat meruntun kalbu..rindu rasul:(



Lirik Nasyid: Kasih Padamu -Hafiz Hamidun

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
pabila mengenangmu mengalir air mataku


Sunday 28 December 2014

koh koh koh

Salam alaik...

Hoho...terlebih rajin la plak update blog..koh koh koh..opps...macam kenal je sape yang gelak camtu...en.sederhana...sudah 2 minggu rasenya tak bace something klakar tp ada ibrah yang ditulis oleh beliau..dengar cite kampung beliau pon dilanda banjir teruk..Allah...semoga en.sederhana dan semua rakyat klate selamat..

Nk cite pasal ape ni ek..dah melalut pasal en.sederhana yang zuhud plak dah..koh koh koh.

Orait..ekceli sejak keje kat sini, kebosanan yg amat saya rasa...memandangkan sekarang musim cuti sekolah, so tak perlulah saya sediakan radas-radas untuk murid bereksperimen..so, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...eh...cam takde kaitan je..muahaha..ok2..serius...so alang-alang dah bosan tahap gaban ni, saya pon conteng-conteng laa kertas yang ada atas meja ni..selepas google 3D picture...so nilah hasilnya yang tak seberapa...tak boleh challenge en.sederhana punya lukisan lagi ni..en.sederhana sudi tak ajar saya melukis?koh koh koh